Assalamualaikum sekalian manusia !
Hari ini saya ingin mengacarakan sebuah topik yang sering berlaku pada zaman sekarang. Persoalannya di sini, apakah topik tersebut? Ia adalah berkaitan lelaki yang merebutkan seorang wanita demi mempertahankan hak tersendiri. Hal ini agak rumit kerana boleh menyebabkan pergaduhan mahupun permusuhan berlaku di antara satu sama lain.
Oleh itu, saya sebagai manusia yang dikurniakan perasaan sebagai lelaki ingin juga memberi sedikit pendapat tentang topik ini. Secara tidak sengaja hati saya tergerak untuk membicarakan pendapat saya berkaitan topik ini. Mari kita memulakan perkara ini dengan lafaz Allah Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Setiap manusia pasti dikurniakan perasaan cinta dan kasih terhadap sesuatu. Agak pelik jika seseorang itu tidak mempunyai perasaan tersebut. Ia adalah sesuatu yang mustahil. Malah para rasul dan nabi juga dikurniakan perasaan tersebut. Adalah lumrah hidup seorang lelaki akan berkahwin dengan seorng wanita pilihannya pada suatu hari nanti. Semuanya bermula daripada perasaan cinta sehingga membawa kepada alam perkahwinan. Tetapi, pada masa kini ingin saya perkatakan bahawa lelaki sering saja bermusuhan antara satu sama lain kerana merebutkan seorang wanita. Perkara ini pelik di pandangan saya kerana wanita bukanlah satu ataupun dua tetapi tidak terkira banyaknya.
Kejadian ini telahpun berlaku antara rakan saya yang bergaduh disebabkan seorang wanita. Yang tidak ada kena mengena turut melibatkan diri dalam hal ini. Saya tidak mampu untuk meleraikan pergaduhan tersebut tetapi saya hanya mampu memberi pendapat saya yang tidak seberapa ini. Jika benar lelaki mencintai seorang wanita, dia pasti akan membuat yang terbaik untuknya. Maksud yang saya ingin perkatakan adalah jika seorang wanita itu lebih selesa dan bahagia dengan lelaki lain, kita perlulah merelakannya demi menjadikan hidupnya lebih sempurna. Kaum wanita pasti akan merasakan kita telah berkorban untuk dirinya. Ada juga wanita yang akan berfikiran lain iaitu mereka akan marasakan mereka tidak disayangi lagi. Ini tidak menjadi penghalangnya. Biarlah hanya kita sahaja yang mengetahui apa yang mereka tidak ketahui.
Maksud saya adalah biarlah pengorbanan yang kita lakukan tidak diketahui oleh mereka. Biarlah wanita mahu
memikirkan yang tidak baik tentang diri kita. Yang pastinya kita telah membuat suatu pengorbanan yang besar buat mereka atas disebabkan perasaan cinta. Saya yakin kamu pasti akan ditemukan dengan wanita yang lebih baik daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya. Jika perkara ini berlaku pada diri saya, saya akan cuba untuk merelakannya jika dia menjumpai seorang lelaki yang lebih baik daripada saya walaupun ia adalah sesuatu yang agak sukar bagi diri saya. Mungkin ini adalah terbaik untuknya. Ini adalah disebabkan saya juga dikurniakan perasaan cinta dan kasih seperti lelaki yang lain.
Saya rasa pendapat saya berkaitan hal ini cukuplah sampai di sini. Terasa sebak di dada saya kerana memikirkan perkara ini. Mungkinkah perkara ini akan berlaku kepada saya? Hanya Allah yang mengetahui. Saya hanya mampu berdoa kepadanya supaya kejadian seperti ini tidak berlaku kepada saya. Insyaallah dan sekiranya berlaku, saya akan membuat keputusan yang sebaiknya demi menjadikan hidup insan yang saya cintai lebih sempurna.
No comments:
Post a Comment