Sunday, July 15, 2012

Percaya atau tidak

Sejak bersekolah di Kuantan, aku sering saja didedahkan dengan pelbagai fakta sains dan psikologi. Kadang kala boleh percaya dan kadang kala tidak. Aku ingin berkongsi sedikit fakta ahli psikologi kepada semua. Mengikut kajian mereka, kita dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan seseorang dengan hanya melihat kepada tarikh lahirnya. Ia memerlukan sedikit pengiraan pada tarikh lahir kita bagi mendapatkan satu nombor daripadanya. Aku akan menggunakan tarikh lahir aku sebagai contoh. Cara pengiraannya adalah seperti berikut :

26  01 19 96

| 2+6 | 0+1 | 1+9 | 9+6 |

|  8   |   1   |  10  | 15  |

| 8+1 | 1+0 | 1+5 |

|  9   |   1   |   6   |

| 9+1 |  6   |

| 10  |   6   |

| 1+0 |  6   |

|   1   |  6   |

| 1+6 | = 7

Begini lah cara pengiraannya. Jadi, nombor yang aku dapat daripada tarikh lahir aku adalah 7. Mari aku tunjukkan kajian ahli psikologi berdasarkan nombor 7.

 Kelebihan                                                 Kelemahan
                                                              
1. Serius                                                 1. Pendiam tapi gila glamor
2. Suka kedamaian                                   2. Tidak tetap pendirian
3. Bijak dan saintifik                                 3. Fikiran suka berubah
4. Pentingkan kesempurnaan                     4. Suka asingkan diri
5. Pandai berbahasa                                  5. Sangat berahsia
6. Pemikir yang hebat                               6. Rasa dirinya betul
7. Mengenang budi                                   7. Kadang kala bertindak kejam.
8. Ghairah cinta
9. Sentiasa bersyukur

Baiklah. Itu lah apa yang aku dapat daripada kajian ahli psikologi. Cikgu sebut dan aku menyalin. Sesiapa yang rapat dengan aku, dia akan tahu sama ada kelebihan dan kelemahan di atas adalah benar atau tidak. Oh aku bukan buat untuk aku sorang je. Aku juga sempat mengira mereka yang bertarikh 06 04 1996 dan hasil daripada pengiraannya, mereka mendapat nombor 8. Berikut adalah kelebihan dan kelemahannya.

 Kelebihan                                                 Kelemahan
                                                             
1. Bermoral dan beretika                           1. Emosi melampau
2. Jujur                                                   2. Fizikal nampak kuat tapi hati mudah pecah
3. Tak gentar kepada persaingan                3. Tidak sedar peluang yang ada
4. Mengurus dengan baik                          4. Terlalu berhati-hati
5. Menawan                                            5. Terlalu fikirkan kejayaan dan akan stress
6. Berpengatahuan tinggi
7. Sedia membantu
8. Suka membuat kebajikan
9. Gigih berusaha

Itulah ciri-ciri mereka yang memperoleh nombor 8 hasil daripada pengiraan tarikh lahirnya. Ya, penat aku menyalin dan cikgu hanya menyebut. Tak mengapa, aku jugak yang nak salin. Seperti yang aku katakan tadi, orang yang rapat dengannya tahu bahawa kelebihan dan kelemhana di atas benar atau tidak. Malas bercakap panjang, pada aku benar kelebihan dan kelemahannya. Oh sebelum aku terlupa, ciri-ciri seseorang itu juga dapat dilihat berdasarkan bulan lahirnya seseorang. Post lain kali aku tulis. Sampai di sini sahaja. Kalau tanya aku percaya atau tidak, aku akan bercakap begini, ' I keep quiet. I don't say much. I watch and learn ' 

Saturday, June 9, 2012

Assalamualaikum,

Jadi semua apa khabar? Saya okay okay saja. Sudah berkurun agaknya saya tidak menulis dalam blog. Ada sebabnya. Di sini, saya tampilkan diri semula ada juga sebabnya. Apa sebabnya? Sudah cukup sikiranya anda semua baca saja.

Ini adalah khas untuk A. Ya memang untuk A, bukan orang lain. Sebentar, nak bahasakan diri apa ya?  Mungking 'aku kau' agak kasar. Jadi sudah cukup dengan menggunakan nama yang tidak terlalu kasar dan tidak pula terlalu skema. Sedang sedang saja. Sedap bukan dengan panggilan A tu? Ya sememangnya. A apa khabar? Seperti yang saya katakan tadi, saya okay okay saja. Tiada perkara istimewa yang berlaku. Rasanya A sudah tahu mengapa saya menulis pada kali ini. Tepat sekali apa yang A fikirkan. Saya mahu memohon maaf. Sebelum itu, A perlu mengetahui sesuatu. 

Pada mulanya, saya ingin saja marah kepada A kerana menulis di dalam blog seperti itu tetapi setelah difikir-fikirkan semula, yang perlu dimarah adalah diri saya sendiri. Saya yang menyebabkan ini semua berlaku dan terjadi. Jadi, saya tidak marah kepada A. Tidak perlulah berasa risau. Apa yang A katakan dalam blog itu sememangnya benar-benar belaka. Seratus peratus benar. Itu yang selayaknya dengan saya. Saya tidak salahkan A tetapi saya salahkan diri saya sendiri yang sering saja membuatkan A terasa dan kecewa. Begitu pedih jika diingatkan kembali bukan? A seorang yang tabah kerana mampu bertahan dengan saya dalam jangka masa yang agak lama.

Bersama dengan A sememangnya tidak dapat saya lupakan. Sungguh menggembirakan saya dan A ialah satu-satunya yang telah banyak mengubah saya. Ingin saya tekankan di sini bahawa pada mulanya saya hanya seorang manusia yang pandai mempermainkan perasaan orang tetapi dengan kehadiran A, sikap itu hilang serta merta. Entah ke mana. Sampai sekarang kesannya. Malangnya, kita tidak dapat bertahan lama. Semuanya adalah berpunca daripada saya yang terlalu ego dan ikutkan perasaan. Oh, sekarang baru saya tahu bahawa nasihat yang diberi oleh rakan saya supaya tidak ego amat berguna. Baiklah, perkara sudah berlaku apa nak dikata.

Hanya mampu meneruskan hidup seperti biasa. Alhamdulillah kerana A sudah menjumpai seorang lelaki yang boleh membuatkannya ketawa dan gembira. Saat ini yang saya tunggu-tunggukan. Saya ingin melihat A gembira bukan sedih atau kecewa. Terima kasih saya ucapkan kepada lelaki tersebut. Mungkin lelaki itu lebih layak daripada saya. Semoga lelaki itu terus membuatkan A ketawa dan tidak pula menjadi seperti saya. Hanya menaburkan janji yang tidak dikotakan. Bukan tidak mahu dikotakan cuma tidak berkesempatan. Tentang saya, tidak perlulah risau. A hanya teruskan hidup seperti biasa tanpa saya. Saya baik baik saja.

Saya sedar terlalu banyak kesalahan yang saya lakukan kepada A sama ada sengaja dan tidak sengaja. Saya ingin meminta jasa baik A untuk memaafkan segalanya. Sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar A tidak menyimpan dendam kepada saya. Tentang janji itu, maafkan saya kerana tidak menunaikannya. Seperti yang saya katakan tadi, bukan taknak cuma tidak berkesempatan. Saya cukup yakin lelaki itu akan terus membuat A gembira dan ketawa. Saya rasa cukup sampai di sini sahaja. Yang baik daripada Allah dan yang buruk itu daripada saya  :)



Sunday, December 11, 2011


' When we started to love someone, it took a years to forget them. That's what we called true love '
You are right friend !

Could someone tell me what to do now?
I don't need someone better. You are enough for me ! :(

I hope i can forget about yourself
But i just can't forget you !

- It was very pathetic when i miss you -

Honestly I still giving you hope.
How bored my life when you are not with me anymore !

I'm so confused. Should I write this?  :(

I never feel like this before.
Seriously i can't stand anymore.
It was the most hard moment in my life !